Kalau seseorang individu melakukan kejahatan, tapi still dalam hati tahu dan terasa 'benda' yang dilakukan itu tidak elok, tidak bermaksud individu itu sangat-sangat jahat. Lebih baik jika bersyukur kerana masih memiliki iman - anugerah Allah swt yang tidak ternilai dek aqal manusia ini - kerana memiliki kesedaran perkara yang dilakukan tidak menepati kriteria ditetapkan oleh Pemilik alam ini. Maaf, ini bukan bertujuan menggalakkan sesiapa untuk buat jahat, cuma mahu mengajak berfikir aje. Sebab Nabi Muhammad saw pernah bersabda:
من سَرَّتْهُ حَسَنَتُهُ وَسَاءَتْهُ سَيِّئَتُهُ فذلك الْمُؤْمِنُ
Ertinya "Sesiapa yang merasa gembira apabila ia melakukan amal baik dan merasa buruk dengan perlakuan dosanya, itulah ciri Mukmin sejati " (Riwayat At-Tirmizi, no 2165, 4/465 ; Tirmizi : Hasan Sohih ; Al-Haithami : perawinya sahih , rujuk Majma Az-Zawaid, 1/86 )
Cuma, dalam banyak-banyak hal yang setiap antara kita lakukan, jangan lupa untuk bertaubat. Ya, TAUBAT. Sebab dengan cara inilah dosa-dosa seseorang hambaNya bakal diampunkan. Terdapat banyak cara bertaubat. Lisan, perbuatan dan satu yang penting, tindakan hati! Tentang hal menyentuh cara-cara taubat ini, diyakini saudara/saudari yang membaca sudah arif. Sama-samalah memohon maghfirah drpd Allah yang Maha Pengampun.. Mohonlah doa dan bertaubatlah kepada Allah swt. Sebab sifat pemaaf dan keampunanNya lebih luas daripada kemurkaanNya...
[Video I'tiraf drpd Raihan. Dengarkan. Moga bermanfaat]
InsyaAllah, sama-sama mengamalkan taubat.
Ya Allah, ighfir zhunubana..
Cerita hari ini:
Belajar bersama sahabat lebih terasa kemanisannya. Terima kasih kerana sudi menemani. Terima kasih kerana tahan dengan kerenah kebudak-budakan saya yang masih mencari haluan terbaik ini. InsyaAllah, tidak pernah terlintas untuk menjadi insan yang tidak baik. InsyaAllah akan berusaha untuk memperbaiki diri. Menjaga iman. Menjaga amal. Moga Allah memberkati... Jazaka-Allahu khair, ya siddiqi...
إنما مثل الجليس الصالح والجليس السوء كحامل المسك ونافخ الكير فحامل المسك إما أن يحذيك وإما أن تبتاع منه وإما أن تجد منه ريحا طيبة ونافخ الكير إما أن يحرق ثيابك وإما أن تجد ريحا خبيثةErtinya : Sesungguhnya perumpamaan rakan yang baik dan yang jahat itu, ibarat rakan pembawa minyak wangi dan peniup api di dapur arang; adapun rakan baik seperti pembawa wangi, ia (membawa kesan kebaikan) iaitu sama ada ia akan menghadiahkanmu wangian, atau kamu membeli daripadanya ataupun kamu akan mendapat bauan wanginya juga. Adapun rakan buruk seperti peniup api dapur , sama ada ia akan membakar bajumu atau akan mendapat bauannya (peluh) yang tidak enak" ( Riwayat Muslim, no 4762 )
Lusa exam Chemistry 1B. Doakan!
(27syawal1428H - 6nov07 - 7.37pm)


4 comments:
amiin.. alhamdulillah..
Jazakallah khair..hati ini selalu berubah, kawan yg baik yg bantu menetapkannya. Moga Allah sentiasa mengurniakan kawan yg baik kepada kita.
selamat berjaya utk chem IB.
tak suke chemistry. hihihi.
inilah blog paling banyak entry diwaktu exam. pas exam nnt xtau ar berapa byk plak entry dia..isy2
bg sket kt fussilat la syahr. kesian dia sunyi dr entry..
Post a Comment