Salam memulakan cerita,
a:
Pagi tadi, bangun awal memang merehatkan jiwa. Bukan lebih awal daripada biasa, tapi awal juga. Bukan ini poin utama, jadi usah berbicara. Seawal masa, melihat-lihat buku di meja. Perlu menelaah lagi demi meyakinkan rasa. Ya, untuk menempuh peperiksaan yang bakal diduduki esok bukan lusa...
i:
Jam 11, bergerak ke bilik sendiri. Merebahkan diri. Masih ada buku-buku di tepi. Terasa lali. Bukan kerana sudah banyak ilmu yang dicari tetapi terasa belum mencukupi. Kini amat mengharapkan rahmat Ilahi. Moga-moga usaha ini diberkati. Perlu usaha lagi...
Melihat jam lagi. 11.30pagi. Mahu berhenti. Bukan berhenti terus, tetapi sejenak merenung diri. Mencapai telefon mudah alih merah yang dibawa dari tadi. Ada wallpaper yang dibuat sendiri. Lihat-lihat lagi...
Tiada gambar ibu ayah mahupun diri sendiri. Tetapi ada gambar lain yang diletakkan sendiri. Melihat-lihat lagi. Tiba-tiba mata ini. Mata ini terpejam sendiri. Kelopak mata akhirnya basah sendiri. Terdiam sendiri. Ya, sendiri...
Betapa tidak mengerti. Inilah kurnia Ilahi. Setiap kali mengenang diri. Mata ini tidak tahu mengerti. Rindu-rindu sendiri. Teringat nenek yang selalu ku temani. Nenek yang baik hati...
Ya Allah, amat rindu padanya yang selalu berpesan kepadaku supaya membawa alQuran ke mana pergi. Rindu mendengar suaranya mengejutkan waktu kecilku setiap pagi dinihari. Nenek yang dirindui... Teringat Umi..
Terus ku bangun ke meja lagi. Bukan lagi di bilik sendiri, tapi di meja study. Di apartment 131 ini, aku termenung sendiri. Mahu pulang ke Malaysia menemui keluarga yang dirindui. Oh, nenek, ayah dan ibu yang disayangi. Adik yang dikasihi. Semua yang pernah hadir dalam coretan diari hati. Betapa hati merindui...
Pesan Umi selalu di hati. Setiap kali rindu, banyak-banyakkan ingat Ilahi. Ku panjatkan doa kepada Yang Maha Mengetahui. Moga-moga sampai kepadaNya Yang Maha Mengasihi. Lindungilah Umi. Lindungilah Abi. Lindungi adik yang disayangi. Merintih sendiri. Lindungilah diri ini. Rahmati kami. Tidak lupa, berkatilah sahabat-sahabat yang masih di sini. Ya, di hati.
Kembali kepada a:
Hati ini terasa. Ada kasih yang membara. Bukan kerana rupa. Bukan kerana harta. Hanya kerana cinta. Cinta kepada Pencipta. Yang mengurniakan rasa. Apa mungkin aku merasa kasihkan keluarga dengan melihat yang bukan seia sekata? Ya, kerana perjuangan kita yang sama. Kita sujud ke arah satu qiblat yang sama. Rasakan hal yang sama.
Doakanlah ibu ayah kita!!
Lagu dan video yang tiba-tiba terjumpa:
Moga memberi kesan kepada yang membaca.
Pabila menanti senja, ku termenung lagi di meja.
Disklaimer: Ayat yang ntah-hape-hape. Sedang meneduhkan rasa yang terbuku di jiwa.
(25syawal1428H - 4nov07 - 5.51pm)

"Ya Allah.. Ampunilah aku dan kedua ibu bapaku, dan kasihanilah keduanya sebagaimana mereka mengasihaniku sejak kecil.."
"Ayah dan ibu, ini impianku, ingin menjadi anak yang soleh, menolong ayah membantu ibu dan terus berbakti di negeri abadi"
Lagu dan video yang tiba-tiba terjumpa:
Moga memberi kesan kepada yang membaca.
Pabila menanti senja, ku termenung lagi di meja.
Disklaimer: Ayat yang ntah-hape-hape. Sedang meneduhkan rasa yang terbuku di jiwa.
(25syawal1428H - 4nov07 - 5.51pm)

4 comments:
moga terbimbing dan terdidik untuk menjadi anak yang soleh.. dambaan setiap ibu dan ayah di muka bumi ini.. amin..
Faisal:
*amin*
[asSafat:100]:
Doa Nabi Ibrahim kpd Allah.
"Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku anak yang tergolong dari orang-orang yang soleh!"
Dan inilah doa ibu ayah. sebagai anak, dah jadi tanggungjwb kita mencuba yg tbaik. segalanya takkan terlaksana tanpa rahmatNya. doa2kanlah.
bersabarlah dlm mencarinya.
benar, anak yang soleh dan solehah..dambaan ibu dan bapa yangjuga turut soleh dan solehah...Dalam pemerhatian dan pengalaman saya , saya telah lihat bagaimana ibubapa memainkan peranan yang besar dalam pembentukkan jati diri anak2..Ucaplah tahniah pada ibubapa kita kerana berjaya mendidik kita..Saya pernah tersasar menilai ibu dan ayah saya sendiri. Namun apa yang pasti, merekalah yang hadiah yang terbaik daripada Allah kepada saya..Selalulah call ibu dan ayah..mereka pasti gembira..insyaallah
Anonymous:
betul2..anak yang soleh dan solehah..dambaan ibu dan bapa yang juga turut soleh dan solehah...
sbg anak, baik buruk ibu bapa kita perlu dijaga..
yg baik jadikan teladan..
yang buruk, doa-doakanlah semoga semuanya akan jadi baik..
sebab Allah itu Maha Baik...
insyaAllah..
sama2 kita usahakan utk jadi anak yg soleh/solehah yep!
yok, jadi anak-anak yg baik!
aah, selalu call
Post a Comment