Friday, November 2, 2007

1 November. Terasa diri ini sudah tua.

Assalamu'alaikum,
Salam peringatan...

1 November. Hari baru dalam bulan baru Masihi. Terasa diri ini sudah tua. Ya, bertambah usia. Terasa ajalku makin hampir.

"Di mana jua kamu berada, maut akan mendapatkan kamu (bila sampai ajal), sekalipun kamu berada dalam benteng-benteng yang tinggi lagi kukuh dan kalau mereka beroleh kebaikan (kemewahan hidup), mereka berkata: Ini adalah dari sisi Allah dan kalau pula mereka ditimpa bencana, mereka berkata: Ini adalah dari (sesuatu nahas) yang ada padamu. Katakanlah (wahai Muhammad): Semuanya itu (kebaikan dan bencana) adalah (berpunca) dari sisi Allah. Maka apakah yang menyebabkan kaum itu hampir-hampir tidak memahami perkataan (nasihat dan pengajaran)?" AnNisa'(4):78


Ya, bertambah satu hari umurku. Bertambah satu hari bilangan hari yang meninggalkan aku. Dan, berkurang satu hari daripada hari-hari yang bakal aku lalui.

kekalkanlah aku dlm adDeenMu ya Allah..

Jika sudah takdir mautku menjemputku, walau pada bila-bila masa dan ketika... janganlah Engkau matikan aku, kecuali dalam iman kepadaMu, ya Allah...
untuk mengingati kematian,


Mari nonton PENTOMIN!
[teringat drama pentas 'Maut' dalam Majlis Konvokesyen Islam SMACH'03 yang kami buat dulu. menginsafkan. semoga bermanfaat]


(23syawal1428H - 2nov07 - 11.37am)


esok exam bio:human perspective.doakan kejayaanku.
::Ya Allah, kurniakanlah kejayaan cemerlang kepada Syahrul Fitri dan rakan-rakan. amin::



10 comments:

FaisaL said...

"Cukuplah kematian itu sebagai penasihat."

(Riwayat Ath-Thabarani dan Baihaqi)

"Tiada seorang pun yang mengetahui apa yang akan dilakukan esok hari, sebagaimana tiada seorang pun yang mengetahui di manakah ia akan mati."

(Surah Luqman, 31:34)

akh.ihsanist said...

kalau syahr rasa tua. maka apakah nizam ini? lanjut usia agaknya. adeih..

baguslah ingat mati.
dulu ada kawan selalu guna ayat ni.
"nabi cakap yang paling bijak dikalangan kamu adalah yang banyak mengingati mati, orang cakap pula budak oversea ni bijak2..maka.."

ok la syahr. selamat maju jaya. semoga Allah mempermudah semua urusan syahr dan rakan2, termasuk upin, ipin, ihsan, izi, taufik, nabil dan lain-lain.

all the best!

muslim said...

dah tua, dah tak comel...igt mati membawa amal...igt Allah membawa ke syurga...igt exam...???

baru tua... said...

huuu...
dah tue da tak comel eh?

alonq_exe said...

muslim said...

dah tua, dah tak comel...igt mati membawa amal...igt Allah membawa ke syurga...igt exam...???


ingat exam bawak2 study. hahaahaa.. :P

goodluck!

MusafiR said...

faisal:
jazaka-Allahu khair.. kerana menambah peringatan.. moga2 selalu ingat.

MusafiR said...

akh.ihsanist aka nizam:
thnx!
syahr tua, nizam muda.. hehe


makanya, kene slalu ingat mati.. tak gitu ke? hehe


"semoga Allah mempermudah semua urusan syahr dan rakan2, termasuk upin, ipin, ihsan, izi, taufik, nabil dan lain-lain. "

walopon tak nl upin ipin tu, *amin* jugak...

MusafiR said...

muslim:
ada org tlg jwb kat bwh, :P

MusafiR said...

baru tua:
ntah.. cube tny Muslim.

MusafiR said...

alonq aka qamar:
heheh