Friday, October 26, 2007

Untitled!

Ya Allah,
Aku redha... Ambillah kembali kasih sayang ini jika Engkau menginginkannya... Ambillah, aku redha...

Ya Allah, Aku redha... Sungguh.

Aku tidak menguburkan kasih sayang ini.. Tetap aku anggap sebagai anugerah... Tapi aku bimbang.

Aku bimbang,
Bimbangkan kasih ini hilang...
Jika kasih ini tidak perlu hilang, Engkau jagailah...
Kasih ini bagai bunga layu,
Aku tidak akan sirami lagi kerana yang dikasihi tidak mahu,
Jika Engkau masih mahu kasih sayang ini kekal, Engkau suburkanlah...


kali ini aku mengharapkan Allah meletakkan tanda harga supaya orang lain akan membeli daripada aku, sungguh! aku tidak mahu mereka dapat secara percuma lagi!



Buat kali ini kerana aku khuatir inilah doa terakhir daripadaku untuk mereka:
"Rahmatilah mereka kerana aku sayang mereka!"



(14syawal1428H - 26oct07 - 7.54pm)

20 comments:

Muhammad Teja said...

mcm sedey je.. napa syahr?

=) said...

jangan letak tanda harga untuk kasih syg. kasih sayang tu nikmat Allah. =)

biar kita sayang pada org lain tanpa diketahui/tidak dibalas. doa kita kepadanya didoakan malaikat. =)

“Setiap hamba muslim yang mendoakan kebaikan bagi saudaranya ketika keseorangan pasti akan ada satu malaikat yang berdiri dekat kepalanya dan berkata: “Semoga Allah memperkenankan permohonanmu dan engkau juga akan mendapat seumpamanya.” Dan dalam satu riwayat lain: “Maka ia adalah doa yang mustajab.”

jadi, berkasih sayanglah. jgn sedih2 ok? =)

FaisaL said...

hidup dengan memberi.. pasti tidak kecewa..

kalau orang tak balas pun.. kita masih gembira.. sebab lihat mereka gembira..

semoga terus berkasih sayang.. :)

alonq_exe said...

syahr? kenapa ni syahr?

aie144 said...

kasih sayang kepada insan, kalau berlebihan pun tidak memberi faedah. malah boleh membinasakan.

analoginya seperti makanan. kalau kita makan berlebihan, akan membinasakan badan.

terlebih dahulu, kalau nakkan kasih sayang itu antara manusia itu dirahmatiNya, maka hendaklah dipupuk kasih sayang denganNya dulu. pokoknya, macam mana pertalian kita dengan Allah? sayangkah aku kepada Allah sebagaimana sayangnya aku kepada insan lain?

tanya benda tu dulu.

mungkin Allah datangkan ujian ini, kerana cinta kita kepadaNya tak memadai sebagaimana cinta yang kita beri kepada insan lain. Allah nak ingatkan Syah ni...

muhasabah diri sket..

insya Allah..

dan Wallahu'alam

MusafiR said...

muhammad teja aka syukr:
sedih.
kenapa? biar la hnya Allah, rasulNya dan insan terlibat yg tahu..

MusafiR said...

=):
dah letak da. tanak tanggalkan balik sebelum waktunya tiba.. biarlah tanda harga tu kat situ dulu. lagipon, buat masa ni, takde org yg nak beli (sungguh, ak bcakap spt tiada akal)

mmg itulah yg selama ini aku buat. terima kasih sbb ulang.

kasih sayang banyak jenisnya.. dan mungkin ko tidak paham..

MusafiR said...

faisal:
mmg sentiasa bkasih sayang, faisal...
cume bila terasa sikit, aku pasrah...
Allah lebih tahu tentang ini...
Dia yg kurniakan rasa kasih sayang ni..

MusafiR said...

alonq aka qamar:
xde pe
(thanx sbb call dr india semata2 nak tny psl entri ni)

MusafiR said...

Aie:
Aie tatau cerita sebenar... jadi Aie tak paham...
Kasih sayang ni, dirujuk kepada Allah sebelum kasih sayang ni dikurniakan oleh Allah...

aie144 said...

mungkin.

tapi aku nak bagitau yang benda yang berlebihan itu tidak baik, malah membinasakan.

adakah kau yakin yang cinta itu berpandukan Allah?

pernah dgr satu kisah di mana seorang ulama ini kematian anak lelakinya. setelah selesai pengurusan pengebumian anaknya, dia kelihatan sangat tenang. orang bertanyalah kenapa dia tidak kelihatan bersedih pun. dia kata, yg maksudnya sebegini..

"dulu Allah kurniakan anak lelaki kepadaku, mungkin kasih sayang ku beralih, dan aku lebih kepada anakku, lebih dari kasih sayang ku kepada Rabb ku. mungkin Rabb ku iri hati dan menarik balik nikmat anak itu dari ku, supaya kasih cintaku hanyalah pada Nya semata2. maka kerana itulah aku tidak bersedih dan tenang, kerana aku tahu cintaku yang tertinggi kini hanya kepada Rabb ku".

wallahu'alam.

MusafiR said...

Aie:
aku tidak mahu apa yg aku lakukan menjadi kata2 yg diketahui org.. biarlah ini mjadi rahsia antara yg tahu...

cuma apa yang pasti, kasih syg ini mnyebabkan aku ingat yg Allah amat bkuasa. membuatkan aku selalu bersyukur walaupun masalah melanda, aku tetap mempunyai tempat untuk melihat senyuman insan kekasih. pada masa itu, rasa syukur bbunga. pd masa itu jugalah, doa dipanjatkan demi senyumannya hari esok...

Anonymous said...

biar kita yang mengawal emosi dan perasaan kita, dan jangan biarkan emosi dan perasaan mengawal kita...
mulakan langkah baru, terus maju, jangan mudah putus asa. Aku akan sentiasa disampingmu... Allah dan Rasul juga sentiasa bersama...
-[one of your eyes]-

MusafiR said...

-[one of your eyes]-:
jazaka-Allahu khairan kathira..

MusafiR said...

update:
-[one of your eyes]-:
tak sangka kamu adalah kamu... terima kasih!

Anonymous said...

ok..ni sy komen ni..
-sdihnye..
-jgn la sdih sll
-nnti x berpelangi lah hdup ni..
-senyum jdkn sbg pengubat..wlpn impaknya xlah besar..tp mujarab jgk tau klu wat sll..hehek..
-lastly:senyum lah..senymlah..wahai..en.syahr molek..(originated from m.daud kilau's song-"cek mek molek")

Anonymous said...

ok..ni sy komen ni..
-sdihnye..
-jgn la sdih sll
-nnti x berpelangi lah hdup ni..
-senyum jdkn sbg pengubat..wlpn impaknya xlah besar..tp mujarab jgk tau klu wat sll..hehek..
-lastly:senyum lah..senymlah..wahai..en.syahr molek..(originated from m.daud kilau's song-"cek mek molek")

FakuLito said...

komen faisal benar. jangan suka menerima kasih sayang. memberi kasih sayang lebih indah.

cuba bersendirian dahulu. muhasabah sendiri. adakah kebaikan kita telah membebankan orang lain?

jangan risau. ada sesuatu yang lebih baik menanti di hadapan.

jangan kecewa memandu hanya kerana ada banyak bonggol sebelum tiba di destinasi.

p/s: buruk betul anologi! harap-harap ada iktibar.

chill!~

MusafiR said...

fakulito aka paku:

thnx




**utk semua:
terima kasih kerana meninggalkan kata2.

MusafiR said...

anonymous:
saya tahu sape kamu...
RAM kan?
hehe
takpe2

thnx!