Tuesday, February 26, 2008

TELAH BERPINDAH!!

menulis kembali, bermula 26 Februari 2008


Friday, November 30, 2007

Selamat hari lahir, Arshad...

dr kiri: arshad, bro saif & bro muslim

Friday, November 23, 2007

comel



(15zulkaedah1428H - 23nov07 - 10.01pm)

Monday, November 12, 2007

Pengakuan ikhlas kerana aku ingin berhenti. Ketahuilah pengakuan ikhlas ini. Moga menjadi pengakhir yang baik. InsyaAllah.

*************************

Bi-ismi-Allah-arRahman-arRahim,

Hari ini ingin buat pengakuan. Semoga ini menjadi teladan buat semua. Atau mungkin sempadan. Moga-moga bermanfaat.

Dulu, di sekolah, aku selalu tidak ikut peraturan sekolah. Sebabnya, saja-saja, malas mahu ikut. Asal ada kelas aje, pasti aku ponteng. Memang agak teruk. Atau patut aku cakap, memang amat teruk. Sangat. Tapi tak mahu la berkata sebegitu sekali. Kerana diri yang teruk inilah yang akan cuba aku ubah nanti.

Di sini, ada satu rahsia yang sudah lama aku rahsiakan. Ya la, nama pun rahsia, jadi memang la dirahsiakan. Tetapi, hari ini, pintu hati terketuk (Siapakah yang mengetuknya?) untuk me'reveal'kan semuanya. Tetapi ada jugak terfikir, 'Elokkah mahu memecahkan bongkang dalam dada sendiri supaya orang ramai tahu?'. Namun, aku gagahkan juga untuk meneruskan niat. Niat yang telah diketuk (Apakah?).

Dulu, aku pernah merokok. Ya, merokok. Tidak tahukah kamu apa itu merokok? Semoga kamu tahu kerana di sisi aku sekarang tiada satu kamus pun yang boleh aku carikan apa maksud 'merokok' itu. Jika masih tidak tahu apa itu merokok juga, silakan ke kedai dan beli rokok dan cuba merokok. Maaf ye, ini merapu sahaja. Jangan ikut beli.

Pernah suatu kali itu aku merokok 5 puntung (Tidak pasti dengan penjodoh bilangan ini. Salahkah?) dalam satu hari. Tegarkah? Aku sendiri tidak mengklasifikasikan diri aku sebagai perokok tegar. Kenapa? Sebab bagi aku perkataan 'tegar' itu semacam mahu membunuh diri aje. Apa taknya, aku masih muda, tidak la mahu mati awal. Mahu enjoy dulu. Kahwin pun belum. Tidak la mahu ni'mat-ni'mat dunia ini diambil mudah. (Maaf. Ayat-ayat ini tidak diniatkan. Sekadar menulis kerana tidak pendai berbahasa).

Rokok dan aku sudah jadi seperti adik-beradik. Sudah sedarah sedaging. Tapi tidak dilahirkan dari 'sumber' yang sama (Fahamilah: Kami species berlainan kerana aku manusia dan rokok itu bukan manusia. Jadi, mana mungkin kami dilahirkan dari sumber yang sama. Tetapi, adik-beradikkah kami? Andaikan aje la ye. Malas mahu merapu lagi). Ibarat gula dan semut, di mana ada aku, di situlah ada rokok. Ibarat belangkas, di mana ada aku, di situlah rokokku berada. Ibarat isi dengan kuku, di mana ada aku, di situlah ada rokok. (Aiseh, penat la asyik menaip ayat yang sama aje ni. Jadi, mahu buat kesimpulan terus lah). Justeru, kesimpulannya: Akanku bawa ke mana saja aku pergi. Bersamaku ada rokok. Rokok yang mahal. (Membazir duit aje).

Tapi sekarang aku sudah sedar. Nasib baik aku sedar diri cepat-cepat. Ya, aku berhenti merokok. Penat-penat aje kerajaan mengelolakan Kempen Katakan 'Tak Nak' kepada rokok. Berjuta-juta ringgit dihabiskan dalam jalan itu. Aku yang menjadi perokok ini, tidak juga pernah mahu sedar. Tapi keadaan sudah berubah sekarang. Aku tidak lagi mahu merokok. Tidak akan ku biarkan dosa silam ini kembali mengganggu ketenteraman hidup aku ini! Tidak!!



Sebab apa? Banyak sebabnya.
1. Agama: Kamu semua mesti tahu pasal ini, kan?
2. Kesihatan: Kamu semua mesti tahu pasal ini, kan?
3. Environment: Kamu semua mesti tahu pasal ini, kan?
4. Kewangan: Kamu semua mesti tahu pasal ini, kan?
5. Masa: Kamu semua mesti tahu pasal ini, kan?
6. Kebersihan, zahir dan batin: Kamu semua mesti tahu pasal ini, kan?
7. Orang tidak suka: Kamu semua mesti tahu pasal ini, kan?
8. Kesian kepada orang yang tidak bersalah. maksud aku, 'second-hand smokers' la. Tidak merokok pun kena tempiasnya gara-gara perokok tidak bertanggungjawab yang merokok di tempat awam. Kamu semua mesti tahu pasal ini, kan? Kepada perokok-perokok, jangan la merokok depan orang lagi ye. Kesian dekat mereka. Kalau nak senang, berhenti la merokok cepat-cepat. Macam aku! Hahaha (Gelak kejam. Tiada nilai 'riak' di sini.)
9. Apa sebab ke-9 ek?
10. Banyak lagi sebabnya. Penat la nak taip-taip di sini.
Jadi, cari sendiri la ye kenapa.
Tapi, semua sebab itulah yang menjadi penguat kenapa aku harus berhenti merokok. Sekarang, berhenti! (Atau, berhenti sekarang!) Bukan esok atau lusa. Bukan semalam, sebab aku tak mampu nak kembali ke belakang.

Kepada yang suka merokok tu, sudah-sudah la. Hentikanlah. Tak elok tu.
Jom kita teruskan hidup dengan lebih berhikmah.
-tamat cerita tentang aku dan rokok-

******************************


Hm, ini entri terakhir. Entri ini sebagai refleksi kepada entri lepas iaitu INI. Selepas ini, tidak akan menulis lagi. Sepaling tidak, untuk dalam masa 2 bulan ini. Kalau ada 'seru' untuk menulis, akan menulis selepas itu. Kalau ada 'seru' untuk berhenti menulis blog, akan tidak menulis selepas itu. I just put my trust in Allah S.W.T. Ada rezeki, kita 'jumpa' lagi. Blog ini mungkin dibekukan atau di'koma'kan. InsyaAllah tidak di'delete' kerana tanpa sedar, ada manfaatnya. Selepas membaca ini, tinggalkanlah pesanan kamu. Ingin jadikan pemandu sama ada mahu 'pause' atau 'stop'. Thanx.

Setinggi-tinggi kemaafan aku pinta kepada semua. Aku ini manusia biasa. Hina. HambaNya yang menagih kasihNya. Tanpa sedar, banyak kesalahan aku. Afwan.

Kepada yang selalu singgah ke blog ini, nanti-nanti tidak perlu lagi singgah sangat. Tetapi, janganlah lupakan terus. Hasrat di hati ini mahu menulis lagi, cuma mungkin 'berehat' sebentar. Doakanlah yang terbaik ye. Mahu mencari haluan sendiri. Yang lebih jelas. Jika akan meneruskan tulisan, insyaAllah aku akan umumkan nanti.

Till then, insyaAllah...

Selamat maju jaya. Afwan salah-silapku. Wassalamu'alaikum.

Salam hormat...


Ingin meneruskan hidup sebagai MUSAFIR:

p/s:
1. Kepada naqib-naqib: Maaf kalau selama ini tidak jadi anak buah yang baik. Telah mencuba yang terbaik. Moga dapat dilihat kesungguhan aku dalam menyertai program-program. Islam ini agama luhur, dan cintaku tidakkan pernah pudar. InsyaAllah. Bimbinglah. Jazaka-Allahu khair.
2. Kepada rakan-rakan usrah (Fikri, Hussen, Nabil, Lutfie & Nik): Jom mantapkan aktiviti usrah kita!
3. Kepada housemates: Jom belajar masak lagi. Belajar masak sedap-sedap. Masak macam-macam. Aku nak belajar buat cheesecake. Tapi mahu buat yang sedap! (No offense, tau!)
4. Kepada Syukr aka Muhammad Teja: Teruskan perjuangan sastera Melayu-Islam kamu. Aku menyokong dari belakang. Maaf kerana tidak mampu menjadi yang terbaik. Aku tidak pandai. Tiada pernah belajar tentang sastera-sastera ini semua. Tentang kekurangan sokongan aku, sehamparan kemaafan aku pohonkan seawal perkenalan kita ini.
5. Kepada 4 insan yang mampu mem'pelik'kan aku: Sesungguhnya kamu tidak tahu bahawa bila bersama kamu, aku terus menjadi 'murai'. Terus jadi suka bercakap. Berbicara. Tidak seperti bila aku bersama orang lain. InsyaAllah, tiada kata nista yang akan aku lafazkan. Hanya apa yang ingin dilafazkan oleh jiwa. Dengarkanlah walau tidak kamu sudi.
6. Kepada muslimat - Aku menghormati kamu. Kaum Hawa yang indah. Indahnya kamu hingga diberi jolokan cemerlang. "Seindah hiasan adalah wanita solehah." Bukan di dunia sahaja, bahkan di akhirat sana, di syurga sana. Jadilah perhiasan yang terindah! Maaf kerana aku ini tidaklah seorang yang tahu menyapa kamu. Bukan menyombong. Tetapi, Tidak pandai, sungguh!
7. Kepada Faisal: Count on me. Aku simpan segala-gala dalam hati. Teruskan perjuangan penulisan kamu. Tak lupa juga kepada Ummu Faisal, terima kasih.
8. Kepada Paku: Hey, aku singgah blog kamu setiap hari tau. Cuma kadang-kadang terkelu tidak tahu mahu mengomen apa aje. Tulis-tulis lagi ye! Alif Anwar pun sama - Nanti teruskan menulis ye. Ada masa, datang umah. Makan kiwi.
9. Kepada senior-senior Adelaide: Jazaka-Allahu khair untuk semuanya. Kepada yang bakal graduasi nanti, selamat bergrduasi lah ye. Kepada yang masih di sini, Selamat Maju Jaya!! Hari ini, ada salah seorang berstatus 'Lambat lagi nak jadi doktor!' (U know who u're). Jangan bimbang, sampai masanya nanti, akan jadi la! Moga-moga Allah permudahkan. Kepada yang lain-lain tu, sama-sama la bekerja keras.
10. Kepada Fikri Abd. Rahim: Aku menyokong dari belakang. Aku tahu kamu ada semangat itu, cuma perlu dicungkil sahaja. Carilah dan gilaplah! Sesungguhnya jika kamu menemuinya sendiri, itu lebih bermakna.
11. Kepada rakan-rakan first year Adelaide yang lain: Maaf kalo tak sebut nama. Taufik, Omar, Ammar, Munir, Haikal, Arshad (sebenarnya ada disebut dalam entri ini, tetapi secara anonymous), PokCek Sahidam, Ringgo, Siden, Mus, Poji, Hakim, Syed, Sirul, Hasbi & Nik. Ada sesiapa tertinggalkah? InsyaAllah doa aku moga kalian berjaya. Berjaya bersama aku lah! Sama-sama kita berusaha ye. Berjaya fi-Dunya wa fi-akhirah. InsyaAllah.
11. Terutama, kepada Sufian Ishak - akhdan aku yang tidak pernah lupa memberi nasihat kepada aku. Yang menyokong dan membantu. Kata-katamu, "Kau lah sahabatku, teman sejatiku" memang selalu terpahat di hati. 5 tahun perkenalan, hingga kini walau sudah 3 tahun tidak bersua, masih utuh! Teruskan menulis ye.
12. Terutama, kepada Qamar - akhdan aku yang sanggup berkongsi suka-duka. Terima kasih untuk segala-galanya. Teruskan menulis ye. Terima kasih kerana selalu call dari India. kamu banyak duit ye?
13. Terutama, kepada yang dua (Tak perlu dizahirkan di sini. Moga-moga difahami sendiri) - Aku ini insan hina. Lemah. Tiada kelebihan melainkan diizinkan Allah S.W.T. Zahirnya, lahirnya, aku mengasihi bukan kerana kebaikan kamu. Bukan kerana kekurangan. Tapi ikhlas daripada hati. Allah S.W.T yang memberi.
14. Aku langsung tiada pengalaman merokok. Entri ini bukan suatu penipuan, bukan juga penulisan tidak berguna. Tetapi sebuah puisi 'Selamat tinggal' yang abstrak sifatnya. Juga, tiada pengalaman ponteng.
15. Tiada pem'prioritize'an tentang sequence 'kepada:' ini.




Terasa seperti ingin pergi jauh... Jauh mencari diri...







kerana...

....i'll spread my wings & i'll learn how to fly....


(2ZulKaedah1428H - 12nov07 - 1.34pm)


Doa perpisahan oleh Brothers:



*******************************
SELAMAT TINGGAL. JUMPA LAGI.

afwan




Thursday, November 8, 2007

I should always realize how grateful i should always be....



Today, upon a bus,
I saw a girl with golden hair.
And wished I was as fair.
When suddenly she rose to leave,
I saw her hobble down the aisle.
She had one leg and wore a crutch.
But as she passed, she smiled.
Oh God, forgive me when I whine.
I have two legs the world is mine.

With feet to take me where I `d go.
With eyes to see the sunset's glow.
With ears to hear what I'd know.
Oh God, forgive me when I whine.
I have blessed indeed, the world is mine.

I stopped to buy some candy.
The lad who sold it had such charm.
I talked with him, he seemed so glad.
If I were late, it `d do no harm.
And as I left, he said to me,
"I thank you, you've been so kind.
You see," he said, "I `m blind"
Oh God, forgive me when I whine.
I have two eyes the world is mine.

With feet to take me where I `d go.
With eyes to see the sunset's glow.
With ears to hear what I'd know.
Oh God, forgive me when I whine.
I have blessed indeed, the world is mine.


I saw a child with eyes of blue.
He stood and watched the others play.
He did not know what to do.
I stopped a moment and then I said,
"Why don't you join the others, dear?"
He looked ahead without a word.
And then I knew. He couldn't hear.
Oh God, forgive me when I whine.
I have two ears the world is mine.

With feet to take me where I `d go.
With eyes to see the sunset's glow.
With ears to hear what I'd know.
Oh God, forgive me when I whine.
I have blessed indeed, the world is mine.
(Ahmad Bukhatir, UAE)
************************************
"[Bismillah] Ya Allah my lord..I don't deserve Thy blessings of paradise.. Yet,I don't have the strength to withstand Thy torments of hell fire.. Thus, accept my repentance, and grant me Thy forgiveness for my sins.. For Thou art the Forgiver of great sins....

Always I forget to say Alhamdulillah for being entirely lucky to be here as who I am now. Forgive me, ya Ghaffar. Forgive me. Forgive me. Forgive me... [aamiin]"
******************************

a credit to Akhi Arshad for sharing the vid. Jazaka-Allhu khair..
["There's a lot more to share" (Arshad 2007)]

*Esok: Exam Psychology 1B. Esok juga: Hari terakhir Syawal1428H. Rugilah bagi yang tak puasa 6 syawal. Tahu itu sunat aje, tapi rugi la... Salah satu tawaran hebat Allah telah dibiarkan berlalu begitu saje. Wallahu a'lam.

(29syawal1428H - 8nov07 - 9.51pm)


Wednesday, November 7, 2007

Jom berehat sebentar bersama Kit Kat (walaupun takde Kit Kat)!

Copy dari ENTRI LEPAS aje,

Assalamu'alaikum,
Selamat merehatkan minda...

Penat-penat baca-baca buku, kita exercise jap ye. Yok, bersenam!!

ikut la arahan betul2...

Image Hosted by ImageShack.us
ni ala taichi sikit la...
sebagai intro dan warm up..


Image Hosted by ImageShack.us
tiru la macam ni...
untuk melegakan bahu dan leher..


Image Hosted by ImageShack.us
wa..wa.. aaa.. otomen fire!

Image Hosted by ImageShack.us
gerak ke kanan kemudian ke kiri..

Image Hosted by ImageShack.us
gerak ke kiri kemudian ke kanan

Image Hosted by ImageShack.us
ikut je ler... jangan terpusing kepala udah la..


Image Hosted by ImageShack.us
tepuk kuat-kuat kat dahi..
ni untuk hilangkan rasa mengantuk..

Image Hosted by ImageShack.us
dah tu buat gerakan tangan dan badan...
buat macam happy-happy aje..


Image Hosted by ImageShack.us
kemudian goyang-goyang kaki dan badan sikit...
buat macam takde masalah...


Image Hosted by ImageShack.us
buat secara aggresive pula...
jangan peduli apa orang lain kata..


Image Hosted by ImageShack.us
hilangkan semua stress... ekspresi dirimu..

Image Hosted by ImageShack.us
pusingkan kepala...


Image Hosted by ImageShack.us
tengok muka kat cermin
sambil goyang-goyang.. lawa tak?? comel tak??...


Image Hosted by ImageShack.us
akhir sekali
buat joget kucing... meow, meow..


Kalau cara ini tak melegakan apa-apa, sama ada lenguh-lenguh, letih-letih, sengal-sengal atau ngantuk-ngantuk, rasa-rasanya kena terus masuk tidur la tuh (ie. Hang tu da penat sangat dah tu. Pi tidoq!)

********************************

Tadi 'jalan-jalan' dalam internet. Terjumpa gambar di bawah. Teringat kat PokCek aka Sahidam Sulaiman. Bukan rindu-rindu, tapi sebab gambar ni sebijik macam desktop wallpaper kat laptop dia.



********************************
Esok exam Chem 1B dan lusa Psychology 1B. Doakan!
::Ya Allah, kurniakanlah kejayaan cemerlang kepada Syahrul Fitri dan rakan-rakan. amin::
*******************************
(28syawal1428H - 7nov07 - 4.49pm)

Disklaimer: Ini la sindrom kanak-kanak penat baca buku sebab exam week. hehe :D

Tuesday, November 6, 2007

Ya Allah, ighfir zhunubana... Moga tergolong dalam golongan Mu'minun.

Salam muhasabah...

Kalau seseorang individu melakukan kejahatan, tapi still dalam hati tahu dan terasa 'benda' yang dilakukan itu tidak elok, tidak bermaksud individu itu sangat-sangat jahat. Lebih baik jika bersyukur kerana masih memiliki iman - anugerah Allah swt yang tidak ternilai dek aqal manusia ini - kerana memiliki kesedaran perkara yang dilakukan tidak menepati kriteria ditetapkan oleh Pemilik alam ini. Maaf, ini bukan bertujuan menggalakkan sesiapa untuk buat jahat, cuma mahu mengajak berfikir aje. Sebab Nabi Muhammad saw pernah bersabda:

من سَرَّتْهُ حَسَنَتُهُ وَسَاءَتْهُ سَيِّئَتُهُ فذلك الْمُؤْمِنُ

Ertinya "Sesiapa yang merasa gembira apabila ia melakukan amal baik dan merasa buruk dengan perlakuan dosanya, itulah ciri Mukmin sejati " (Riwayat At-Tirmizi, no 2165, 4/465 ; Tirmizi : Hasan Sohih ; Al-Haithami : perawinya sahih , rujuk Majma Az-Zawaid, 1/86 )

Cuma, dalam banyak-banyak hal yang setiap antara kita lakukan, jangan lupa untuk bertaubat. Ya, TAUBAT. Sebab dengan cara inilah dosa-dosa seseorang hambaNya bakal diampunkan. Terdapat banyak cara bertaubat. Lisan, perbuatan dan satu yang penting, tindakan hati! Tentang hal menyentuh cara-cara taubat ini, diyakini saudara/saudari yang membaca sudah arif. Sama-samalah memohon maghfirah drpd Allah yang Maha Pengampun.. Mohonlah doa dan bertaubatlah kepada Allah swt. Sebab sifat pemaaf dan keampunanNya lebih luas daripada kemurkaanNya...

[Video I'tiraf drpd Raihan. Dengarkan. Moga bermanfaat]

InsyaAllah, sama-sama mengamalkan taubat.

Ya Allah, ighfir zhunubana..

Cerita hari ini:

Belajar bersama sahabat lebih terasa kemanisannya. Terima kasih kerana sudi menemani. Terima kasih kerana tahan dengan kerenah kebudak-budakan saya yang masih mencari haluan terbaik ini. InsyaAllah, tidak pernah terlintas untuk menjadi insan yang tidak baik. InsyaAllah akan berusaha untuk memperbaiki diri. Menjaga iman. Menjaga amal. Moga Allah memberkati... Jazaka-Allahu khair, ya siddiqi...

إنما مثل الجليس الصالح والجليس السوء كحامل المسك ونافخ الكير فحامل المسك إما أن ‏ ‏يحذيك ‏ ‏وإما أن ‏ ‏تبتاع ‏ ‏منه وإما أن تجد منه ريحا طيبة ونافخ الكير إما أن يحرق ثيابك وإما أن تجد ريحا خبيثة

Ertinya : Sesungguhnya perumpamaan rakan yang baik dan yang jahat itu, ibarat rakan pembawa minyak wangi dan peniup api di dapur arang; adapun rakan baik seperti pembawa wangi, ia (membawa kesan kebaikan) iaitu sama ada ia akan menghadiahkanmu wangian, atau kamu membeli daripadanya ataupun kamu akan mendapat bauan wanginya juga. Adapun rakan buruk seperti peniup api dapur , sama ada ia akan membakar bajumu atau akan mendapat bauannya (peluh) yang tidak enak" ( Riwayat Muslim, no 4762 )


Moga tergolong dalam golongan Mu'minun.

Lusa exam Chemistry 1B. Doakan!

::Ya Allah, kurniakanlah kejayaan cemerlang kepada Syahrul Fitri dan rakan-rakan. amin::

(27syawal1428H - 6nov07 - 7.37pm)

Monday, November 5, 2007

Setiap kesusahan itu ada kemudahannya....


Semoga dipermudahkan Allah dlm setiap urusan,

Setiap kesusahan itu ada kemudahannya. Macam situasi kita. Sebagai contoh aje: Nak lawan nafsu memang susah. Tapi, boleh berusaha, kan? Nak jawab exam memang berat. Tapi kalau usaha kuat, dan doa kepadaNya, boleh aje, kan? Seperti dalam surah alInsyirah, ayat 5 dan 6:

"Oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu) bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan. (Sekali lagi ditegaskan): Bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran diserta kemudahan."

Jadi, dok susah-susah belajar ni, ada hikmah selepasnya. Kita sebagai hamba, berusaha sedaya upaya. InsyaAllah...

Pagi tadi. Jam 7.56pagi. Arshad buzz ym. Arshad bagi ini. Terima kasih, Arshad!


Nota hari ini:
Baru aje habis exam statistics life sciences. ada dua papers lagi. chemitry 1b dan psychology 1b.
(26syawal1428H - 5nov07 - 7.39pm)

Sunday, November 4, 2007

Mentari hidup?

Ya, cahaya Ilahi.. Hanya agamaNya..

"Sibghah Allah . Dan siapakah yang lebih baik sibghahnya daripada sibghah Allah? Dan hanya kepada-Nya-lah kami menyembah." alBaqarah(2):138

Dan sibghah Allah inilah yang menjadi mentari hidup.




Ya Allah, tetapkan hati kami pada jalanMu.


(25syawal1428H - 4nov07 - 6.20pm)


Ayah dan Ibu.. Ini impianku.. Untuk menjadi anak yang soleh...

Salam memulakan cerita,

a:
Pagi tadi, bangun awal memang merehatkan jiwa. Bukan lebih awal daripada biasa, tapi awal juga. Bukan ini poin utama, jadi usah berbicara. Seawal masa, melihat-lihat buku di meja. Perlu menelaah lagi demi meyakinkan rasa. Ya, untuk menempuh peperiksaan yang bakal diduduki esok bukan lusa...

i:
Jam 11, bergerak ke bilik sendiri. Merebahkan diri. Masih ada buku-buku di tepi. Terasa lali. Bukan kerana sudah banyak ilmu yang dicari tetapi terasa belum mencukupi. Kini amat mengharapkan rahmat Ilahi. Moga-moga usaha ini diberkati. Perlu usaha lagi...

Melihat jam lagi. 11.30pagi. Mahu berhenti. Bukan berhenti terus, tetapi sejenak merenung diri. Mencapai telefon mudah alih merah yang dibawa dari tadi. Ada wallpaper yang dibuat sendiri. Lihat-lihat lagi...

Tiada gambar ibu ayah mahupun diri sendiri. Tetapi ada gambar lain yang diletakkan sendiri. Melihat-lihat lagi. Tiba-tiba mata ini. Mata ini terpejam sendiri. Kelopak mata akhirnya basah sendiri. Terdiam sendiri. Ya, sendiri...

Betapa tidak mengerti. Inilah kurnia Ilahi. Setiap kali mengenang diri. Mata ini tidak tahu mengerti. Rindu-rindu sendiri. Teringat nenek yang selalu ku temani. Nenek yang baik hati...

Ya Allah, amat rindu padanya yang selalu berpesan kepadaku supaya membawa alQuran ke mana pergi. Rindu mendengar suaranya mengejutkan waktu kecilku setiap pagi dinihari. Nenek yang dirindui... Teringat Umi..

Terus ku bangun ke meja lagi. Bukan lagi di bilik sendiri, tapi di meja study. Di apartment 131 ini, aku termenung sendiri. Mahu pulang ke Malaysia menemui keluarga yang dirindui. Oh, nenek, ayah dan ibu yang disayangi. Adik yang dikasihi. Semua yang pernah hadir dalam coretan diari hati. Betapa hati merindui...

Pesan Umi selalu di hati. Setiap kali rindu, banyak-banyakkan ingat Ilahi. Ku panjatkan doa kepada Yang Maha Mengetahui. Moga-moga sampai kepadaNya Yang Maha Mengasihi. Lindungilah Umi. Lindungilah Abi. Lindungi adik yang disayangi. Merintih sendiri. Lindungilah diri ini. Rahmati kami. Tidak lupa, berkatilah sahabat-sahabat yang masih di sini. Ya, di hati.

Kembali kepada a:
Hati ini terasa. Ada kasih yang membara. Bukan kerana rupa. Bukan kerana harta. Hanya kerana cinta. Cinta kepada Pencipta. Yang mengurniakan rasa. Apa mungkin aku merasa kasihkan keluarga dengan melihat yang bukan seia sekata? Ya, kerana perjuangan kita yang sama. Kita sujud ke arah satu qiblat yang sama. Rasakan hal yang sama.



Doakanlah ibu ayah kita!!

"Ya Allah.. Ampunilah aku dan kedua ibu bapaku, dan kasihanilah keduanya sebagaimana mereka mengasihaniku sejak kecil.."


"Ayah dan ibu, ini impianku, ingin menjadi anak yang soleh, menolong ayah membantu ibu dan terus berbakti di negeri abadi"

Lagu dan video yang tiba-tiba terjumpa:


Moga memberi kesan kepada yang membaca.
Pabila menanti senja, ku termenung lagi di meja.

Disklaimer: Ayat yang ntah-hape-hape. Sedang meneduhkan rasa yang terbuku di jiwa.


(25syawal1428H - 4nov07 - 5.51pm)